Ayam Goreng

#2. Ayam Goreng Berempah


Ini resepi ayam goreng berempah untuk nasi lemak kukus ...

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaan:

1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

Credit To: Resipi Raidah


********

#3.  Ayam Goreng Berempah Serai 

Bahan2  :-

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan dikisar bersama;

* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai

----------------------------

* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng


Cara2 Memasak :-

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.

3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.

4. Angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja!

Credit To: 
" title="Click here to Read More">Menu Berbuka- Ayam Goreng Berempah Serai, Vanilla Flan 

&&&&&&&&&&&&&&&&



#4.  Nasi Ayam/Ayam Goreng Berempah


Sekali sekali tukar selera makan nasi ayam dengan ayam goreng berempah.  Best pulak..(puji diri sendiri).Macam biasa tang sup dan ayam berempah resepi sendiri.  Nasi ikut resepi Mat Gebu dan sambal akak ambil resepi ayam penyet.  Lupa pulak nak ambil gambar sup.

BAHAN NASI AYAM :
  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1 liter sup ayam (resipi sup dibawah)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 camca besar minyak masak
  • 2 camca besar margerine
  • Garam secukup rasa 
UNTUK NASI AYAM

Panaskan minyak dan margerine dalam kuali hingga cair. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan tadi, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Gunakan api sederhana. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Tuang sup ayam tadi (elok, ditapis sebelum menuang ke dalam beras). Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.
BAHAN SUP AYAM :
  • 500 g ayam, dipotong kecil-  ambil bahagian tulang dan isi sikit buat sup..
  • 1 kiub pati ayam "Maggi"
  • 2 sup bunjut Adabi
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong berbaji-tak letak
  • 1 biji kentang besar, didadu besar-tak letak
  • 2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2-tak letak
  • 1 camca teh lada serbuk lada hitam
  • Air secukupnnya (anggaran 3.5 liter)
  • Garam secukup rasa
 CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali sayur-sayuran dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Asingkan 1 liter sup ayam (untuk masak nasi). Kemudian, masukkan sayur2ran dan serbuk lada hitam. Biar hingga sayur masak dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.


 BAHAN LAIN :
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
Bahan sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keiting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
Cara menyediakan sambal
 1.  Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2.  Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan,  Toskan semua bahaan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3.  Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis
 Untuk Ayam Goreng Berempah

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 12
  • 1/2 sudu teh jintan putih*)
  • 1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
  • 1 sudu teh ketumbar* )
  • 2 biji bawang putih*
  • 11/2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
  • garam secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 helai daun pandan-gunting kasar-kasar
  • Minyak masak
Cara-caranya
 
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
5. Gorenglah dengan minyak yang banyak, masukkan hirisan daun pandan dan apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)
 

Credit To: http://www.kakinakl.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

World Visitor Map!

Visitors Map